4 maut, polis tembak pekerja tuntut kenaikan gaji di Bangladesh

4 maut, polis tembak pekerja tuntut kenaikan gaji di Bangladesh

Sekurang-kurangnya enam anggota polis turut cedera dalam kejadian itu.

Polis berkata, mereka terpaksa melepaskan tembakan apabila sekumpulan pekerja menyerang mereka di loji janakuasa arang batu dalam pembinaan itu yang terletak di Chittagong.
DHAKA:
Sekurang-kurangnya empat maut akibat ditembak dan ramai lagi cedera apabila polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan pekerja yang menuntut kenaikan gaji di sebuah loji janakuasa arang batu di tenggara Bangladesh yang disokong China, kata polis.

Pegawai polis, Azizul Islam memberitahu Reuters, polis terpaksa melepaskan tembakan apabila pekerja itu menyerang mereka di loji janakuasa dalam pembinaan itu di Chittagong.

“Empat maut dan ramai cedera…kami cuba mengawal keadaan,” katanya sambil menambah sekurang-kurangnya enam anggota polis antara mereka yang cedera.

Loji janakuasa bernilai USD2.4 bilion, yang terletak 265km di tenggara ibu negara Dhaka, ialah sumber utama pelaburan asing di Bangladesh, serta salah satu daripada siri projek Beijing untuk menjalin hubungan rapat dengan Dhaka.

Pada 2016, SEPCOIII Electric Power Construction dari China memeterai perjanjian dengan Kumpulan S Alam, konglomerat Bangladesh yang bertanggungjawab membina bangunan di tapak itu.

Pada 2016, empat penunjuk perasaan yang membantah pembinaan itu terbunuh, selepas penduduk kampung yang menyokong dan menentang pembinaan loji janakuasa itu bertempur, sebelum polis antirusuhan melepaskan tembakan akibat diserang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.