Aktivis HK Joshua Wong dipenjara 4 bulan berhubung protes 2019

Aktivis HK Joshua Wong dipenjara 4 bulan berhubung protes 2019

Hukuman ini akan memanjangkan tempoh penjara 13 bulan setengah yang sedang dijalani Wong kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 2019.

Joshua Wong adalah salah seorang aktivis pro-demokrasi terkemuka di Hong Kong. (Gambar AP)
HONG KONG:
Joshua Wong, salah seorang aktivis pro-demokrasi terkemuka di Hong Kong dan antara 47 individu yang didakwa mengikut undang-undang keselamatan negara, dijatuhi hukuman penjara empat bulan hari ini kerana berhimpun tanpa izin dan melanggar undang-undang anti-topeng muka.

Wong, 24, mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan itu, termasuk mengambil bahagian dan menggunakan topeng muka pada perhimpunan tanpa izin pada Oktober 2019, di kemuncak protes anti-kerajaan.

Dia telah menjalani hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Hukuman ini akan memanjangkan tempoh penjara 13 bulan setengah yang sedang dijalaninya kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 2019.

Pada Oktober 2019, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam menguatkuasakan perintah darurat era kolonial buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 50 tahun untuk membuat peraturan yang melarang topeng muka, yang dipakai penunjuk perasaan pro-demokrasi bagi menyembunyikan identiti mereka.

Mengikut undang-undang tersebut, topeng muka dilarang dipakai dalam mana-mana perhimpunan, dan individu yang melanggar undang-undang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda HKD25,000.

Mereka yang perlu memakai topeng atau pelitup muka bagi tujuan kesihatan, keagamaan dan pekerjaan dikecualikan daripada larangan ini, dan menurut pengkritik, ia mengelirukan.

Wong adalah antara 47 penyokong demokrasi yang didakwa atas tuduhan konspirasi melakukan kegiatan subversif pada Februari, bawah undang-undang keselamatan Hong Kong, apabila mereka bertanding dalam pilihan raya tidak rasmi pada Julai tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.