
Baginda sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 21 Jun ini.
Philip, atau gelaran rasminya “Duke of Edinburgh”, setia di sisi isterinya sepanjang 69 tahun pemerintahannya, paling lama dalam sejarah Britain.
Menurut kenyataan istana, Philip meninggal dunia di Istana Windsor pagi tadi.
“Pengumuman selanjutnya akan dibuat pada masa sesuai.”
Putera dari Greek itu, yang berkahwin dengan Elizabeth pada 1947, memainkan peranan penting dalam memodenkan monarki pada zaman pasca-Perang Dunia II, dan di sebalik tembok Istana Buckingham, baginda adalah tokoh penting yang dipercayai ratu itu.
“Beliau (Philip) adalah sumber kekuatan saya selama ini,” kata Elizabeth, ketika berucap sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 pada 1997.