AS kenakan sekatan ke atas syarikat permata Myanmar

AS kenakan sekatan ke atas syarikat permata Myanmar

Menurut Jabatan Perbendahraan AS sekatan dikenakan ke atas Myanmar Gems Enterprise, entiti yang bertanggungjawab ke atas semua aktiviti perniagaan batu permata negara itu.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, langkah itu bertujuan menyekat sumber pembiayaan tentera Burma, termasuk syarikat utama milik kerajaan di seluruh negara. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengenakan sekatan ke atas perusahaan permata Myanmar untuk menyekat sumber pendapatan utama negara itu, lapor Sputnik.

“Hari ini Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan ke atas Myanmar Gems Enterprise (MGE), entiti yang bertanggungjawab ke atas semua aktiviti perniagaan batu permata di Burma (Myanmar),” kata Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Rejim tentera Burma (Myanmar) secara kejam menindas penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu dan menyebabkan banyak korban, termasuk kanak-kanak.”

“Tindakan hari ini menunjukkan komitmen Perbendaharaan untuk menyekat sumber pembiayaan tentera Burma, termasuk syarikat utama milik kerajaan di seluruh Burma,” kata pengarah OFAC Andrea Gacki.

Berikutan itu, semua harta dan kepentingan entiti yang ada di AS atau dalam pemilikan atau kawalan orang AS disekat dan mesti dilaporkan kepada OFAC.

Di samping itu, mana-mana entiti yang dimiliki, secara langsung atau tidak langsung, 50% atau lebih oleh satu atau lebih orang juga akan dikenakan sekatan.

“Sekatan itu tidak ditujukan kepada rakyat Burma,” kata jabatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.