Jutawan dunia semakin kaya waktu pandemik, CEO Amazon di tangga pertama

Jutawan dunia semakin kaya waktu pandemik, CEO Amazon di tangga pertama

Ia diikuti, CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, jutawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault dan pengasas Microsoft, Bill Gates.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, menduduki takhta lelaki terkaya dunia, untuk empat tahun berturut-turut dengan mengumpul US$177 bilion keuntungan bersih. (Gambar Reuters)
MOSCOW:
Golongan kaya menyaksikan kekayaan mereka menokok sehingga 60% ketika dunia bergelut wabak selain 660 orang kini bergelar jutawan, catatan tertinggi ketika ini, menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 Forbes, lapor Sputnik.

Secara keseluruhan, seramai 2,755 orang berjaya menempatkan diri ke senarai itu, juga suatu rekod baharu. Mereka yang baharu tersenarai termasuk 210 orang dari China dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat.

Untuk empat tahun berturut-turut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, menduduki takhta lelaki terkaya dunia dengan mengumpul US$177 bilion keuntungan bersih.

CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, yang dianggarkan memiliki kekayaan bersih US$151 bilion, melonjak daripada tangga ke 31 ke tempat kedua. Jutawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault, kekal di tempat ketiga.

Bill Gates, pengasas Microsoft pula di tangga keempat dengan US$124 bilion.

Sementara itu, pemegang saham utama dan pengerusi syarikat perlombongan Severstal, Alexey Mordashov (US$29.1 bilion), buat pertama kali berada di tangga teratas jutawan Rusia.

Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov, buat pertama kali muncul dalam senarai 10 terkaya Rusia, selepas mengumpul US$17.2 bilion tahun lalu, berbanding US$13.8 bilion tahun sebelumnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.