
TEHRAN: Iran bersedia menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri secara besar-besaran, lapor agensi berita rasmi negara itu, Irna pada Selasa.
Ketua Eksekutif Imam’s Directives (Setad), Mohammad Mokhber berkata, selepas berjaya menyelesaikan ujian klinikal fasa pertama, ia memulakan fasa kedua pada pertengahan bulan lalu yang kini hampir selesai.
Beliau berharap Setad akan mendapat permit untuk memulakan fasa ketiga dalam beberapa minggu lagi.
Katanya, Iran akan memulakan vaksinasi dengan kira-kira tiga juta dos vaksin Cov-Iran Barekat setiap bulan, selepas ujian klinikal peringkat ketiga bermula.