
Tujuh kanak-kanak lelaki cedera terkena tembakan semasa acara sosial, kata UNICEF dalam satu kenyataan semalam, lapor Xinhua.
“UNICEF menyeru pihak berkuasa, kumpulan bersenjata untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata Oktober 2020,” kata kenyataan itu.
Agensi PBB itu turut meminta Kerajaan Perpaduan Negara yang baharu untuk menegakkan undang-undang melarang pemilikan senjata dan peluru secara haram serta memperkuat pelaksanaan perjanjian gencatan senjata untuk keamanan jangka panjang.
Semua kanak-kanak yang cedera dirawat di hospital, enam daripadanya dibenarkan pulang manakala seorang lagi mangsa kritikal.
Kejadian tembakan rambang di majlis sosial sering berlaku di Benghazi dan di bandar-bandar lain, terutama semasa musim cuti yang mengakibatkan kematian serta kecederaan orang awam termasuk kanak-kanak.
Pada 2020 sahaja, lebih 28 kejadian penyalahgunaan senjata dilaporkan yang turut menyebabkan kerosakan harta benda awam.