
Menurut JMA, gegaran melanda pada jam 6.09 petang waktu tempatan di perairan Pasifik di wilayah Miyagi itu dikesan pada kedalaman 60 kilometer (km), yang mengeluarkan amaran gelombang tsunami sekitar satu meter.\
Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan dan operator tempatan sedang memeriksa status loji nuklear di wilayah itu.
Dalam pada itu, Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (AS) meletakkan kekuatan gempa pada magnitud tujuh.
Amaran gempa bumi dan tsunami kali ini berlaku tidak lama selepas genap 10 tahun Jepun dilanda gempa bumi dengan magnitud sembilan pada 11 Mac 2011, yang mencetuskan tsunami dan kerosakan teruk di Fukushima.
Bulan lalu, wilayah itu dikejutkan oleh gempa kuat yang mencederakan puluhan orang.
Jepun antara negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan kerap dilanda gempa bumi merangkumi sebahagian Asia Tenggara serta merentas pelantar pasifik.