13 pegawai penguat kuasa undang-undang maut di Mexico

13 pegawai penguat kuasa undang-undang maut di Mexico

Konvoi Kementerian Keselamatan dan pejabat pendakwa raya di Mexico diserang sekumpulan penjenayah.

Pengawal Keselamatan Negara, tentera darat dan laut serta pegawai perisik melancarkan operasi bersama untuk memburu dalang serangan itu. (Gambar AP)
MEXICO CITY:
Seramai 13 pegawai penguat kuasa undang-undang maut selepas konvoi mereka diserang sekumpulan penjenayah dalam kejadian di tengah Mexico, menurut Kementerian Keselamatan Wilayah, lapor Sputnik.

“Pada lewat Khamis, konvoi Kementerian Keselamatan dan pejabat pendakwa raya di Mexico diserang sekumpulan penjenayah di daerah Llano Grande di bandar Coatepec Harinas.

“Pada masa ini, kami mendapat maklumat mengenai lapan pegawai Kementerian Keselamatan dan lima pegawai pejabat pendakwa terbunuh,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pengawal Keselamatan Negara, tentera darat dan laut serta pegawai perisik melancarkan operasi bersama untuk memburu dalang serangan itu, tambah jurucakap itu.

Menurut laporan media, dalam satu lagi kejadian berasingan di bandar kejiranan Almoloya de Alquisiras, empat pegawai penguat kuasa terbunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.