
Sejumlah 22 penunjuk perasaan yang dibicarakan menafikan tuduhan menghasut dan banyak kesalahan lain, termasuk “lese majeste”, jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun untuk setiap tuduhan.
“Mereka boleh mengurung saya, tetapi mereka tidak dapat mengurung kebenaran,” laung pemimpin protes Parit “Penguin” Chiwarak setibanya beliau dengan trak penjara, dengan menunjukkan tabik tiga jari Hunger Games yang sinonim dengan gerakan belia.
Parit, 22, adalah salah seorang daripada tujuh defendan yang ditahan sebelum dibicarakan dan dituduh menghina Raja Maha Vajiralongkorn, selain dituduh menghasut.
Gerakan belia Thailand adalah cabaran terbesar setakat ini kepada Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, bekas pemimpin rampasan kuasa yang dikatakan telah merangka proses yang dapat mengekalkan kedudukan politik dan kuasa beliau selepas pilihan raya pada 2019, sebuah dakwaan yang disangkal Prayuth.
Para penunjuk perasaan juga melanggar taboo tradisional dengan menuntut reformasi monarki yang berkuasa, sambil berkata, perlembagaan yang digubal oleh tentera selepas rampasan kuasa pada 2014 memberi raja terlalu banyak kuasa.