Sekolah menengah di Tokyo minta pelajar sahkan warna rambut

Sekolah menengah di Tokyo minta pelajar sahkan warna rambut

Sebanyak 79 daripada 177 sekolah menengah meminta sijil itu ditandatangani ibu bapa.

Banyak sekolah di Jepun mempunyai peraturan ketat mengenai warna rambut pelajar, aksesori, mekap dan pakaian seragam pelajar. (Gambar AFP)
TOKYO:
Hampir separuh daripada sekolah menengah di Tokyo meminta pelajarnya yang berambut kerinting atau bukan berwarna hitam menyerahkan sijil bagi mengesahkan rambut mereka tidak diubah secara sengaja atau buatan, lapor stesen penyiar awam, NHK.

Sebanyak 79 daripada 177 sekolah menengah yang dikendalikan kerajaan Metropolitan Tokyo, meminta sijil itu ditandatangani ibu bapa, lapor NHK pada Khamis dengan memetik maklumat Parti Komunis Jepun yang diperolehi daripada kerajaan.

Di Jepun, banyak sekolah mempunyai peraturan ketat mengenai warna rambut, aksesori, mekap dan pakaian seragam, termasuk panjang skirt pelajar perempuan.

Lembaga pendidikan Tokyo memberitahu NHK, sijil rambut itu tidak wajib.

Tetapi, NHK melaporkan hanya lima daripada 79 sekolah yang menjelaskan secara bertulis pelajar tidak perlu menghantar sijil itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.