UK rancang pertingkat potensi ekonomi bandar Oxford, Cambridge

UK rancang pertingkat potensi ekonomi bandar Oxford, Cambridge

Oxford-Cambridge Arc dijangka mengubah dua bandar universiti itu menjadi antara koridor pertumbuhan utama dunia.

Kerajaan UK merancang untuk memanfaatkan potensi kawasan Oxford dan Cambridge sebagai pusat inovasi global dengan output ekonomi melebihi AS$277 bilion pada 2050.
LONDON:
Kerajaan Britain pada Khamis mengumumkan rancangan untuk memanfaatkan potensi ekonomi dan budaya dua bandar universiti terkenal di Britain, iaitu Oxford dan Cambridge.

Oxford-Cambridge Arc akan merubah dua bandar universiti itu menjadi antara koridor pertumbuhan utama dunia dan peneraju dunia dalam kelestarian, kata Menteri Perumahan Britain Christopher Pincher dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Xinhua.

Berdasarkan kerangkanya, ia digambarkan sebagai rancangan yang akan membantu mewujudkan ribuan pekerjaan, mendorong pelaburan, melindungi dan meningkatkan alam sekitar dengan membuka potensi jangka panjang di rantau ini, kata kenyataan itu.

Ia akan menyediakan infrastruktur dan tempat-tempat baharu yang diperlukan bagi kawasan itu, meliputi lima daerah iaitu Oxford, Buckingham, Northampton, Bedford dan Cambridge, sebuah kawasan yang lebih besar untuk tinggal dan bekerja, tambah kenyataan itu.

Dengan menggalakkan Arc ke peringkat antarabangsa, rancangan ini bertujuan membantu memanfaatkan potensi kawasan ini sebagai pusat inovasi global dengan output ekonomi melebihi AS$277 bilion pada 2050.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.