Palestin gesa antarabangsa tekan Israel benarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza

Palestin gesa antarabangsa tekan Israel benarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza

Tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin Covid-19 ke Gaza disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.
RAMALLAH:
Palestin pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap kerajaan Palestin Ibrahim Milhem dalam taklimat media di kota Ramallah di Tebing Barat berkata tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin Covid-19 ke Gaza “melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.”

Beliau menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) “mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza.”

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.

“Dos itu akan diberi kepada kakitangan perubatan di unit rawatan intensif pesakit Covid-19 dan petugas di jabatan kesihatan kecemasan,” kata al-Kaila.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.