Palestin dakwa Israel halang penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza

Palestin dakwa Israel halang penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza

Palestin wilayah pertama di Asia Barat yang mendaftar untuk vaksin buatan Rusia, Sputnik V.

MOSCOW:
Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila, menuduh Israel menghalang penghantaran dos vaksin Covid-19 buatan Rusia, Sputnik V, ke Tebing Gaza, lapor agensi berita, Sputnik.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, Al-Kaila pada Isnin berlata penghantaran Sputnik V untuk pekerja kesihatan dihantar ke Gaza tetapi disekat Israel.

Menteri itu berkata tindakan tersebut bertentangan dengan semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Palestin wilayah pertama di Asia Barat yang mendaftar untuk vaksin Rusia itu.

Kempen vaksinasi Covid-19 di Palestin dimulakan pada awal Februari, dengan petugas kesihatan menjadi kumpulan penerima pertama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.