Jepun mahu pertingkat pakatan dengan AS

Jepun mahu pertingkat pakatan dengan AS

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata, negaranya akan bekerjasama rapat dengan presiden Amerika Syarikat yang baharu dalam isu lautan India dan Pasifik, Covid-19 serta masalah lain.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berharap dapat memperbaiki hubungan dengan presiden baharu AS dan meningkatkan lagi pakatan Jepun-AS. (Gambar AP)
TOKYO:
Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga mahu meningkatkan lagi pakatan dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya berasa sangat gembira Presiden Biden dan Naib Presiden (Kamala) Harris telah mengangkat sumpah. Beliau (Biden) memberikan ucapan sangat meyakinkan, menuntut perpaduan bangsa.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan presiden baharu untuk memastikan lautan India dan Pasifik bebas dan terbuka; untuk memerangi Covid-19, perubahan iklim dan masalah lain yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya berharap dapat memperbaiki hubungan dengan presiden baharu dan meningkatkan lagi pakatan Jepun-AS, ” kata beliau hari ini.

Suga menambah Tokyo sedang bekerjasama dengan Washington untuk mengatur dan mencari masa yang sesuai bagi mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Biden.

Biden mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-46 semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.