
Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan masih diteruskan.
Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Raditya Jati, berdasarkan data sementara yang dikumpul pada 8 pagi tadi, sebanyak 70 mayat telah ditemukan di Kabupaten Mamuju, manakala 11 lagi mayat ditemukan di Kabupaten Majene.
“Seramai 19,345 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara, lebih 800 cedera dalam kejadian itu selain sebanyak 1,150 unit rumah dan bangunan termasuk sekolah dan sebuah hospital rosak dan runtuh,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian 1.28 pagi waktu Indonesia Timur pada 15 Jan lepas, Sulawesi Barat digegarkan oleh gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang diikuti lebih 30 gempa susulan bermagnitud bawah 5.5 pada skala Richter.