Kanak-kanak rakyat Malaysia antara 42 kes import Covid-19 di Singapura

Kanak-kanak rakyat Malaysia antara 42 kes import Covid-19 di Singapura

Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu yang tiba dari Austria tidak menunjukkan gejala Covid-19, tetapi ujian serologikalnya didapati positif.

Singapura melaporkan 42 kes baharu Covid-19 semalam dengan kesemuanya kes import.
SINGAPURA:
Dua rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang tiba dari Austria merupakan antara 42 kes import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura semalam.

Dilabelkan sebagai kes 59,155, pemegang pas tanggungan itu yang tidak bergejala didapati ujian serologikalnya positif, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu menerusi data penuh yang dikeluarkan di sini malam tadi.

Kes kedua pula melibatkan wanita Malaysia berusia 35 tahun yang merupakan pemegang permit kerja.

Dilabelkan sebagai kes 59,145, kementerian itu memaklumkan wanita itu yang tidak bergejala tiba dari Malaysia.

Sementara itu, dua warga Singapura yang kembali dari Malaysia juga didapati positif COVID-19.

Setakat tengah hari Ahad, republik itu melaporkan sejumlah 42 kes baharu, kesemuanya import menjadikan jumlah keseluruhan kepada 58,907 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memberitahu 40 tidak menunjukkan gejala dan dikesan daripada pengawasan dan saringan aktif, manakala dua kes lagi bergejala.

Kesemua mereka dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.