Jumlah penduduk Taiwan menurun pada 2020

Jumlah penduduk Taiwan menurun pada 2020

Bilangan bayi baru lahir menurun sebanyak 12,518 atau 7.04% daripada tahun sebelumnya.

Pada penghujung tahun lalu jumlah penduduk Taiwan ialah seramai 23.56 juta, turun 0.18% tahun ke tahun. (Gambar AP)
TAIPEI:
Jumlah penduduk Taiwan mencatatkan penurunan pada 2020 buat pertama kali disebabkan penurunan kadar kelahiran, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebanyak 173,156 kematian dicatatkan pada tahun lalu berbanding hanya 165,249 bayi dilahirkan menyebabkan penurunan populasi sebanyak 7,907, menurut statistik jabatan itu.

Bilangan bayi baru lahir menurun sebanyak 12,518 atau 7.04% daripada tahun sebelumnya.

Jumlah penduduk yang meninggal dunia pada 2020 turun 1.78% berbanding 2019.

Pada 2019, Taiwan menyaksikan pertumbuhan penduduk sebanyak 1,471.

Penghujung tahun lalu keseluruhan penduduk Taiwan ialah seramai 23.56 juta, turun 0.18% tahun ke tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.