Rusuhan Capitol: Setiausaha pengangkutan, Elaine Chao letak jawatan

Rusuhan Capitol: Setiausaha pengangkutan, Elaine Chao letak jawatan

Chao, 67, berkhidmat sejak 2017.

Elaine Chao merupakan anggota pertama Kabinet pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden Rabu.
WASHINGTON:
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) Elaine Chao pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai membantah insiden kekacauan dan keganasan di Capitol, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau anggota Kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu itu.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada Isnin.

“Semalam negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong presiden menyerbu Capitol.

“Saya yakin ramai yang mengalami perkara sama, ia sangat mengganggu saya,” katanya.

Chao, 67, berkhidmat sejak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.