Lebih 28,000 keluarga terjejas banjir di selatan Thailand

Lebih 28,000 keluarga terjejas banjir di selatan Thailand

Narathiwat merupakan provinsi paling teruk dilanda banjir melibatkan 22,038 keluarga di 13 daerah.

Empat wilayah di selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla, terjejas oleh banjir serta kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak 4 Jan lalu. (Gambar Bernama)
BANGKOK:
Lebih 28,000 keluarga dari 625 kampung di empat wilayah di selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla, terjejas oleh banjir serta kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak 4 Jan lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Boontham Lertsukhikasem berkata, Narathiwat merupakan provinsi paling teruk dilanda bencana itu, melibatkan 22,038 keluarga di 13 daerah.

Di Yala, sebanyak 3,284 keluarga terlibat, Pattani (2,810 keluarga) dan Songkhla (60 keluarga), katanya semalam.

Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, pihak berkuasa turut membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan penduduk terjejas, iaitu tujuh di Narathiwat, tiga di Yala dan dua di Songkhla.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.