Indonesia mula edar vaksin COVID-19 keluaran China

Indonesia mula edar vaksin COVID-19 keluaran China

Vaksin keluaran firma farmaseutikal China, Sinovac Biotech mula diedarkan kepada agensi kesihatan di 34 wilayah.

Jurucakap Bio Farma, Bambang Heriyanto berkata lebih 10,000 pusat kesihatan dan 40 pejabat kesihatan pelabuhan (KKP) bersiap sedia untuk menerima vaksin keluaran firma Sinovac Biotech. (Gambar AP)
BEIJING:
Vaksin COVID-19 keluaran firma farmaseutikal China, Sinovac Biotech diedarkan di seluruh Indonesia bermula Ahad.

Jurucakap Bio Farma, Bambang Heriyanto berkata pihaknya telah melaksanakan pengagihan vaksin itu kepada agensi-agensi kesihatan di 34 wilayah.

“Pelbagai kemudahan sudah disiapkan untuk memudahkan kerja-kerja pengagihan vaksin.

“Kini, terdapat lebih 10,000 pusat kesihatan dan 40 pejabat kesihatan pelabuhan (KKP) bersiap sedia untuk menerima vaksin berkenaan,” kata Bambang pada sidang media di Jakarta pada Ahad.

Menurut beliau, pengendalian dan penghantaran menggunakan kaedah sejuk beku pada suhu antara dua hingga lapan darjah Celsius turut melancarkan pengagihan vaksin.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Siti Nadia Tarmizi berkata, ujian klinikal vaksin China yang dijalankan di Turki dan Brazil menunjukkan keberkesanan yang amat memuaskan.

Beliau berkata, keputusan itu didapati sama seperti diperoleh Indonesia menerusi ujian klinikal fasa ketiga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.