Strain baharu COVID-19, India gantung semua penerbangan dari UK

Strain baharu COVID-19, India gantung semua penerbangan dari UK

Larangan sementara ke atas semua penerbangan dari UK itu bermula Rabu.

India yang merupakan negara kedua paling teruk terjejas akibat COVID-19 di dunia, mencatatkan lebih 10 juta kes dengan 24,337 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada Isnin. (Gambar AP)
NEW DELHI:
India menggantung semua penerbangan dari Britan sehingga akhir bulan ini ekoran laporan penemuan strain baharu COVID-19 yang mudah berjangkit di negara itu.

Larangan sementara terhadap semua penerbangan dari United Kingdom (UK) bermula pada Rabu, menurut Kementerian Penerbangan Awam India.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penumpang dari UK yang menaiki semua penerbangan, termasuk transit dan tiba di India sebelum tengah malam 22 Dis tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 mandatori di lapangan terbang, kata kementerian.

Britain termasuk dalam senarai negara yang mempunyai perjanjian dua hala “gelembung perjalanan”, meskipun jadual penerbangan berjadual biasa masih digantung akibat pandemik itu.

India, negara kedua di dunia yang paling teruk terjejas akibat COVID-19, mencatatkan lebih 10 juta kes dengan 24,337 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada Isnin.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 303,639, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.