
Ini ialah kemalangan kedua dalam tempoh lebih 2 bulan.
Agensi itu melaporkan, mangsa korban itu antara 24 pekerja yang terperangkap di bawah tanah akibat paras berlebihan gas karbon monoksida dalam lombong Diaoshuidong.
Seorang mangsa dilaporkan berjaya diselamatkan, sementara usaha menyelamat masih diteruskan.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca tragedi itu, yang berlaku kira-kira 9 pagi Jumaat (waktu tempatan) dalam lombong sudah ditutup lebih 2 bulan lalu untuk syarikat terbabit meleraikan peralatan bawah tanah.
Lombong di China antara yang paling banyak meragut nyawa di dunia, dengan 16 kematian dilaporkan akhir September lalu selepas pelombong terperangkap dalam lombong arang batu Songzao, di sini akibat paras tinggi karbon monoksida.
Xinhua melaporkan lombong Diaoshuidong, yang dibina pada 1975 dan beroperasi sejak 1998 di bawah syarikat swasta, merupakan lombong bergas tinggi dengan kapasiti tahunan 120,000 tan arang batu.
Pada 2013, 3 maut dan 2 lagi cedera dalam kejadian keracunan hidrogen sulfida di lombong itu.