Maradona disemadikan di perkuburan Bella Vista, Buenos Aires

Maradona disemadikan di perkuburan Bella Vista, Buenos Aires

Tanah perkuburan itu dipilih kerana ibu bapa beliau dikebumikan di sana.

Ahli keluarga, saudara dan rakan mengusung keranda Diego Maradona ke tanah perkuburan Jardin de Bellavista di Buenos Aires, Argentina pada Khamis. (Gambar AP)
BUENOS AIRES:
Pemain bola sepak hebat Argentina Diego Maradona selamat disemadikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik, memetik penyiar TN.

Tanah perkuburan itu dipilih kerana ibu bapa Maradona dikebumikan di sana.

Penyerang ikonik itu meninggal dunia pada Rabu pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Dua minggu sebelum kematian beliau, Maradona dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian otaknya.

Berlaku pergaduhan dan rusuhan di Buenos Aires pada Khamis ketika majlis perpisahan berlangsung. Sekurang-kurangnya 9 orang ditahan manakala ramai orang awam, wartawan dan jurukamera RT, mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.