Palestin pulih koordinasi dengan Israel

Palestin pulih koordinasi dengan Israel

Seorang menteri Palestin mengumumkan hubungan Palestin dengan Israel akan kembali seperti biasa selepas Israel beri komitmen kepada perjanjian sebelum ini.

Palestin menghentikan semua koordinasi dengan Israel selepas Tel Aviv merancang untuk merampas 1/3 kawasan Tebing Barat. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memulihkan semula koordinasi dengan Israel yang digantung pada Mei sebagai respons kepada pelan Israel untuk merampas sebahagian 1/3 kawasan Tebing Barat, kata seorang pegawai kanan PA.

Hussein al-Sheikh, menteri hal ehwal awam PA dan pembantu kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas, mengumumkan di Twitter pada Selasa bahawa hubungan dengan Israel akan kembali seperti biasa, selepas mendapat komitmen Israel secara bertulis dan lisan terhadap perjanjian sebelum ini, lapor Al Jazeera.

Komitmen Israel ini berlatarkan kekalahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada pemilihan presiden AS awal bulan ini. Pesaingnya, Joe Biden dari Parti Demokrat, dijangka mengangkat sumpah pada 21 Januari ini.

Semua koordinasi antara Palestin dan Israel tergantung pada Mei, selepas Israel bersiap sedia untuk merampas 1/3 daripada kawasan Tebing Barat dalam rancangan yang dibentangkan oleh pentadbiran Trump.

Palestin memberi amaran perampasan itu menjadikan penyelesaian 2 negara mustahil dicapai. Perjanjian damai yang dimeterai pada 1990-an membayangkan penciptaan sebuah negara Palestin di samping Israel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.