Palestin akan minta Biden pindah Kedutaan AS ke Tel Aviv, menurut laporan

Palestin akan minta Biden pindah Kedutaan AS ke Tel Aviv, menurut laporan

Sebagai balasannya, Palestin bersedia kembali ke meja rundingan damai dengan Israel, di mana AS menjadi perantara.

Pada Disember 2017, Donald Trump mengumumkan Kedutaan AS di Tel Aviv, Israel akan dipindahkan ke Baitulmaqdis.
PETALING JAYA:
Palestin bercadang meminta Presiden Amerika Syarikat yang baru, Joe Biden memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis kembali ke Tel Aviv serta-merta, lapor media Israel, i24 news memetik akhbar berbahasa Ibrani, Israel Hayom.

Laporan itu memetik penasihat kanan Palestin, Nabil Shaath sebagai berkata, Presidennya, Mahmoud Abbas berkomunikasi secara secara tertutup dengan Biden dalam usaha menerbalikkan banyak dasar pro-Israel di bawah pemerintahan Trump, termasuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke Tel Aviv semula.

Menurut laporan itu, sebagai balasannya, Abbas bersedia kembali ke meja rundingan dengan Israel, di mana AS menjadi perantara.

Tetapi, rundingan damai itu perlu disambung semula mengenai perkara yang dibincangkan pada 2016, apabila Presiden ketika itu, Barack Obama menjadi perantara.

Shaath berkata, Ramallah juga mahu AS membuka semula pejabat diplomatiknya di Washington dan memperbaharui bantuan AS kepada Ramallah dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Abbas mengucapkan tahniah kepada Biden atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden AS, tetapi mesej itu dihantar 15 jam selepas keputusan diumumkan, lebih lewat daripada pemimpin dunia lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.