Joe Biden menang pilihan raya presiden AS

Joe Biden menang pilihan raya presiden AS

Biden umum kemenangan selepas menempuh persaingan sengit dengan calon Republikan Donald Trump

Biden menang di negeri penting, Pennsylvania dan dengan kemenangan itu membolehkannya mendahului dengan 270 undi elektoral yang diperlukan untuk menawan Rumah Putih. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Calon Demokrat Joe Biden memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), memetik unjuran CNN dan NBC dan AP pada Sabtu, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut data mereka, Biden sudah berjaya memperoleh 270 undi yang diperlukan.

Laporan itu susulan keputusan semasa pengiraan undi di Pennsylvania.

Pengiraan undi rasmi masih berterusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.