
“Prosiding undang-undang baru sahaja bermula!”, tulis Trump di Twitter pada Jumaat petang.
Menurut agensi Sputnik, presiden AS itu juga berkata, Biden tidak sepatutnya melakukan kesilapan dengan mendakwa sudah berjaya merampas jawatan presiden, dengan menambah bahawa beliau juga boleh membuat dakwaan yang sama.
Pada Khamis, kempen Trump mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap Lembaga Pemilihan Daerah Philadelphia supaya proses pengiraan dihentikan kecuali pemerhati Republikan dibenarkan masuk ke pusat penjumlahan undi.
Trump mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran yang mempengaruhi keputusan selepas sekurang-kurangnya 6 negeri kubu kuat Demokrat menghentikan pengiraan pada malam pilihan raya, apabila presiden AS itu mula mendahului di negeri berkenaan.
Sebaik pengiraan undi disambung semula, Biden dengan tidak semena-mena mendahului dan kemudian pemerhati tidak dibenarkan memantau proses itu.
Trump pada Jumaat berkata, beliau akan terus mengambil tindakan undang-undang dan tidak akan pernah berhenti berjuang untuk negara itu.