Biden belum sedia umum kemenangan, tetapi yakin dapat 300 undi elektoral

Biden belum sedia umum kemenangan, tetapi yakin dapat 300 undi elektoral

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya presiden AS.

Calon Demokrat bagi pilihan raya presiden AS Joe Biden berkata, kemenangan diperoleh di Arizona, Georgia, Pennsylvania dan Nevada. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata belum bersedia mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya AS 2020, namun yakin akan memenangi pertarungan itu dengan lebih 300 undi elektoral, lapor agensi Sputnik.

“Kami belum mempunyai perisytiharan rasmi kemenangan. Tetapi keputusan yang ada setakat ini jelas dan meyakinkan: ‘kami akan memenangi perlumbaan ini’,” kata Biden dalam ucapannya.

Calon Demokrat itu berkata, kemenangan diperoleh di Arizona, Georgia, Pennsylvania dan Nevada.

“Kami berada di landasan kukuh untuk memperoleh lebih 300 undi elektoral,” tambahnya.

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya presiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.