Pendirian Biden isu perjanjian Iran boleh bawa ‘konfrontasi ganas’, kata Israel

Pendirian Biden isu perjanjian Iran boleh bawa ‘konfrontasi ganas’, kata Israel

Menteri Tzachi Hanegbi berkata Joe Biden selama ini secara terbuka berkata mahu kembali kepada perjanjian itu.

(Gambar AP)
PETALING JAYA:
Pendirian calon Demokratik bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berhubung perjanjian nuklear Iran boleh membawa kepada konfrontasi antara Israel dan Iran, kata seorang menteri Israel kelmarin.

Memetik laporan Jerusalem Post, Tzachi Hanegbi berkata Biden selama ini secara terbuka berkata mahu kembali kepada perjanjian itu.

“Saya melihatkan sebagai sesuatu yang boleh membawa kepada konfrontasi antara Israel dan Iran,” katanya.

Hanegbi tidak bimbang kesan kemenangan Biden ke atas kebanyakan isu lain seperti kawasan penempatan haram Yahudi.

Beliau memberitahu saluran tv Channel 13 News, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan kebanyakan rakyat Israel menganggap perjanjian yang ditandatangani pentadbiran Barack Obama pada 2015 itu – Joint Comprehensive Plan of Action – sebagai suatu “kesilapan”.

“Sekiranya Biden mengekalkan dasar itu, akhirnya akan berlaku konfrontasi yang ganas antara Israel dan Iran,” tambahnya.

Pengerusi jawatankuasa parlimen Israel, Zvi Hauser pula lebih optimistik.

Hauser, yang merupakan setiausaha kabinet ketika Biden menjadi naib presiden AS tahu akan pendirian Biden, mengatakan beliau kawan Israel.

“Kalau perjanjian Iran diperbaharui…ia akan jadi lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya kepada radio tentera semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.