Pelancaran talian jenayah keselamatan undang kecaman di Hong Kong

Pelancaran talian jenayah keselamatan undang kecaman di Hong Kong

Talian itu membolehkan penduduk menghantar "risikan keselamatan negara" melalui teks pesanan, e-mel dan aplikasi komunikasi China WeChat.

Kumpulan hak asasi bimbang talian khas polis akan digunakan orang tertentu terhadap orang yang tidak mereka sukai atau memegang pandangan politik yang berbeza. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Polis Hong Kong melancarkan talian khas untuk penduduk melaporkan sebarang ancaman kepada keselamatan negara, sekali gus mencetuskan kritikan bahawa tindakan itu akan meningkatkan sikap saling tidak percaya antara penduduk bandar raya yang sudah sedia berpecah, lapor Al Jazeera.

Talian itu membolehkan penduduk menghantar “risikan keselamatan negara” melalui teks pesanan, e-mel dan aplikasi komunikasi China WeChat.

Penduduk Hong Kong juga boleh menghantar gambar, fail audio dan video, kata polis di Facebook.

China menguatkuasakan undang-undang keselamatan baru pada Jun berikutan demonstrasi pro demokrasi secara besar-besaran.

Walaupun dikatakan bahawa undang-undang berkenaan hanya menyasarkan “sebilangan kecil penjenayah”, tetapi susunan kata-katanya mengharamkan penyuaraan pandangan politik secara aman dan menyekat semua bentuk kritikan.

Kumpulan hak asasi menyuarakan kekhuatiran bahawa talian itu merupakan satu lagi tamparan terhadap hak kebebasan bersuara kerana Beijing kini meningkatkan penguasaannya ke atas bandar raya berkenaan.

Kak demokrasi dan kebebasan tertentu di Hong Kong dijamin sekurang-kurangnya 50 tahun di bawah syarat pemulangannya kepada China sejak 1997.

“Pemberi maklumat mungkin akan menggunakan talian ini terhadap orang yang mereka tidak suka atau memegang pandangan politik yang berbeza,” kata penyelidik kanan Human Rights Watch Maya Wang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.