Beberapa pusat pengundian mula ditutup dalam pilihan raya AS

Beberapa pusat pengundian mula ditutup dalam pilihan raya AS

Keputusan pilihan raya dijangka dapat diketahui lewat Selasa.

Meskipun kira-kira 100 juta rakyat Amerika sudah mengundi pada pengundian awal, lebih 50 juta lagi masih menunggu untuk menunaikan hasrat mereka. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Sebahagian pusat pengundian di Indiana dan Kentucky mula ditutup pada Selasa petang sekali gus menandakan bermulanya persediaan untuk keputusan bagi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

Agensi Anadolu melaporkan saluran mengundi dari 2 negeri yang terletak di zon Waktu Timur sudah ditutup, tetapi di zon Waktu Tengah masih dibuka kira-kira sejam lagi.

Presiden Donald Trump secara meluas diramal mengekalkan penguasaannya di Indiana dan Kentucky sama seperti pada 2016. Keputusan dijangka dapat diketahui lewat Selasa.

Pusat pengundian paling awal ditutup bermula 7 malam Waktu Timur, termasuk kawasan lain di Indiana dan Kentucky, Georgia, Carolina Selatan, Vermont serta Virginia.

Selain itu, pusat pengundian di Florida dan beberapa bahagian di New Hampshire juga akan ditutup.

Penutupan pusat pengundian paling banyak akan bermula 8 malam membabitkan lebih 20 negeri dan di Washington, termasuk Michigan, Pennsylvania, Texas dan selebihnya Florida.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.