
Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt berkata, beliau mendapat nasihat daripada Pusat Bencana Kebangsaan bahawa tiada kes dikesan dalam komuniti dalam tempoh 24 jam lepas hingga 8 malam Sabtu.
Kali terakhir negara itu mencapai kejayaan berkenaan adalah hampir 5 bulan lalu pada 9 Jun, iaitu sebelum gelombang ke-2 tercetus di Victoria yang menyaksikan pelaksanaan perintah sekatan pergerakan dan pelaksanaan perintah berkurung ke atas 5 juta penduduk Melbourne.
“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan awam dan seluruh rakyat Australia,” kata Hunt di Twitter hari ini.
Pengguna media sosial menyifatkan kejayaan itu sebagai “donut kebangsaan”, berikutan acara sambutan di Victoria baru-baru ini apabila pencapaian kes sifar itu disahkan.
Penduduk tempatan memasyhurkannya sebagai “Hari Donut”.
Beberapa kes dicatat di fasiliti kuarantin sempadan yang menempatkan individu yang pulang dari luar negara.
Setakat ini terdapat kurang daripada 200 kes aktif Covid-19 di seluruh Australia, yang sehingga kini merekodkan 27,500 kes dengan 907 kematian sejak wabak itu melanda.