Republik Dominika timbang pindah kedutaan besar ke Jerusalem

Republik Dominika timbang pindah kedutaan besar ke Jerusalem

Selain Republik Dominika, negara seperti Honduras, Brazil, Serbia dan Republik Czech juga menimbang untuk memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu negara Israel adalah topik sensitif dalam dunia diplomatik dan kebanyakan negara menempatkan kedutaan besarnya di Tel Aviv. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Republik Dominik sedang menimbang untuk memindahkan kedutaan besarnya ke Jerusalem, kata menteri luar negara itu.

Setakat ini hanya 2 negara mempunyai kedutaan besar di Jerusalem, iaitu Amerika Syarikat dan Guatemala.

Pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu negara Israel adalah topik sensitif dalam dunia diplomatik dan kebanyakan negara menempatkan kedutaan besarnya di Tel Aviv.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan negara menyatakan kemungkinannya memindah kedutaan besarnya ke Jerusalem, termasuk Honduras, Brazil, Serbia dan Republik Czech.

Kosovo, yang tidak mempunyai kedutaan besar di Israel juga menyuarakan hasrat untuk berbuat demikian.

Menteri Luar Israel Gabi Ashkenazi berterima kasih kepada rakan sekerjanya dari Republik Dominika Roberto Alvarez semasa percakapan melalui telefon pada Jumaat, lapor media.

Dalam akaun Twitternya, Ashkenazi berkata: “Saya mengucap tahniah kepada menteri luar negeri Republik Dominika berhubung keputusan kerajaannya menimbang memindah kedutaan besar mereka dari Tel Aviv ke Jerusalem.

“Saya berterima kasih kepadanya semasa percakapan melalui telefon berhubung keputusan penting ini dan juga hubungan baik antara 2 negara selama ini.”

Alvarez kemudiannya memaparkan kenyataan Ashkenazi di akaun Twitternya, lapor portal JPost.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.