7 ahli Parlimen pro demokrasi Hong Kong ditahan

7 ahli Parlimen pro demokrasi Hong Kong ditahan

Anggota majlis perundangan Wu Chi Wai, Andrew Wan, Helena Wong, Kwok Wing Kin, Eddie Chu, Raymond Chan dan Fernando Cheung mengumumkan penahanan mereka di laman Facebook masing-masing.

Seorang penunjuk perasaan berdiri di hadapan van penjara yang membawa bekas pemimpin pelajar tempatan Tony Chung di luar sebuah mahkamah di Hong Kong Khamis lepas. (Gambar AP)
HONG KONG:
Tujuh ahli Parlimen pro demokrasi ditahan di Hong Kong dan didakwa menghalang persidangan majlis perundangan pada Mei, kata mereka di Facebook, langkah yang dibuat selepas Beijing meluluskan undang-undang kontroversi mengenai keselamatan pada Jun.

Penahanan itu berlaku awal pagi ini dan tidak dilihat berkait secara langsung dengan undang-undang berkenaan, tetapi polis menahan sekitar 30 orang di bawahnya dalam beberapa bulan ini..

Polis tidak memberi apa-apa respons ketika diminta memberi komen.

Anggota majlis perundangan Wu Chi Wai, Andrew Wan, Helena Wong, Kwok Wing Kin, Eddie Chu, Raymond Chan dan Fernando Cheung mengumumkan penahanan mereka di laman Facebook masing-masing.

Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan ke atas bandar rayanya yang paling bebas pada 30 Jun, langkah yang mengundang kecaman daripada kerajaan Barat dan kumpulan hak asasi manusia.

Undang-undang itu menghukum perbuatan yang ditakrifkan sebagai pemisahan, subversif, keganasan dan persubahatan dengan kuasa asing oleh Beijing dan boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

Pengritik undang-undang berkenaan berkata, ia merupakan langkah terbaru Beijing untuk meningkatkan penguasaannya ke atas bekas tanah jajahan British itu dan menghakis kebebasan kehakimannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.