Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia lepasi angka 45 juta

Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia lepasi angka 45 juta

Menurut Universiti John Hopkins jumlah sebenar kes Covid-19 di seluruh dunia pada Jumaat ialah 45,018,354.

Jumlah terbesar kes Covid-19 kini dicatatkan di Amerika Syarikat, Brazil dan India. (Gambar AP)
MOSCOW:
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini melebihi angka 45 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Universiti Johns Hopkins.

Jumlah sebenar kes Covid-19 adalah 45,018,354 pada 04:55 GMT Jumaat. Lebih 1.18 juta orang terkorban kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac lepas.

Jumlah terbesar kes setakat ini dicatatkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.