Badan Islam Pakistan sokong pembinaan kompleks kuil Hindu pertama di Islamabad

Badan Islam Pakistan sokong pembinaan kompleks kuil Hindu pertama di Islamabad

Majlis Ideologi Islam menasihati kerajaan tidak secara langsung membelanjakan dana awam untuk membina rumah ibadat milik persendirian.

Tiada kuil Hindu di Islamabad yang mempunyai kira-kira 3,000 penganut dalam lebih 1 juta penduduk.
PETALING JAYA:
Majlis ulama Pakistan yang menasihati kerajaan dalam hal keagamaan menyokong pembinaan kompleks kuil Hindu pertama di Islamabad, mengatakan undang-undang Islam membenarkan rumah ibadat bagi penganut agama lain, lapor Al Jazeera.

Lal Malhi, seorang pemimpin Hindu dan ahli Parlimen Pakistan, menyambut baik sokongan itu dan menambah majlis itu menasihati kerajaan tidak secara langsung membelanjakan dana awam untuk membina rumah ibadat milik persendirian.

Ketika ini, tiada kuil Hindu di Islamabad, yang mempunyai kira-kira 3,000 penganut Hindu dalam lebih 1 juta penduduk, majoritinya beragama Islam.

Keputusan oleh Majlis Ideologi Islam itu muncul selepas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Imran Khan menghentikan pembinaan kompleks itu, ekoran ancaman kumpulan pelampau yang mengancam akan menghentikan pembinaannya secara paksa.

Khan meminta majlis ulama menentukan apakah dana awam boleh digunakan untuk membina kompleks itu. Beliau sebelum ini menjanjikan AS$600,000 untuk pembinaan kuil itu.

Keputusan majlis ulama ini memberi ruang kepada komuniti Hindu di Islamabad untuk menentukan sendiri perbelanjaan dana itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.