Konflik Nagorno-Karabakh, Iran perketat sempadan barat laut

Konflik Nagorno-Karabakh, Iran perketat sempadan barat laut

Iran mengerahkan pasukan pengawal ditempatkan berhampiran sempadan dengan wilayah Azerbaijan.

Kementerian Luar Iran sebelum ini berkata, negara itu menyiapkan rancangan untuk membantu menyelesaikan konflik bersenjata antara Armenia dan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh. (Gambar AP)
TEHRAN:
Iran memperketat pertahanan udaranya dekat sempadan barat laut berikutan konflik Nagorno-Karabakh yang tercetus antara Azerbaijan dan Armenia, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah itu bertujuan menjaga keselamatan sempadan Iran, kata Panglima Tentera Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa.

Pada Isnin, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengerahkan pasukannya ditempatkan berhampiran sempadan dengan wilayah Azerbaijan.

Pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan tercetus sejak 1988 dengan pertempuran baharu meletus pada 27 September.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.