
Khan berkata demikian berikutan kenyataan Macron minggu lepas mengenai insiden seorang guru Perancis ditetak sehingga mati di kawasan berdekatan Paris selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad di kelas.
Macron berkata guru berkenaan adalah pejuang kebebasan bersuara.
Macron juga berkata, guru terbabit “dibunuh kerana kumpulan Islami mahu menguasai masa depan kita”.
Dalam hantaran di Twitter, Khan berkata, kenyataan Macron akan menyemai perpecahan.
“Ini adalah masanya Presiden Macron boleh memulihkan keharmonian dan tidak memberi sebarang ruang kepada pelampau, bukannya menimbulkan polarisasi dan menyebabkan peminggiran yang akhirnya menjurus kepada radikalisme,” kata Khan.
“Amat malang kerana beliau memilih untuk menggalakkan Islamofobia dengan menyerang Islam, bukannya pengganas yang melancarkan serangan, sama ada mereka orang Islam, pendukung ideologi ketuanan kulit putih atau Nazi.”
Macron mencetuskan kontroversi pada awal bulan ini apabila beliau berkata “Islam adalah agama yang berada dalam krisis di seluruh dunia”.