Normalisasi hubungan Saudi-Israel akan diumum selepas pilihan raya AS, kata pengarah Mossad

Normalisasi hubungan Saudi-Israel akan diumum selepas pilihan raya AS, kata pengarah Mossad

Mossad berkata jika Donald Trump sekali lagi menang pilihan raya, pengumuman itu akan dibuat serta-merta.

Penasihat Keselamatan Israel Meir Ben-Shabbat (tengah kiri) menyapa pegawai UAE di Abu Dhabi September lepas. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Pengumuman mengenai normalisasi hubungan antara Israel dan Arab Saudi bakal dibuat selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat, bergantung kepada calon yang menang, kata Pengarah Mossad Yossi Cohen, lapor The Jerusalem Post.

Menurut laporan media Israel N12, Cohen memberitahu secara tertutup bahawa Saudi menunggu sehingga pilihan raya AS tamat dan bakal membuat pengumuman mengenai perkara itu sebagai “hadiah” kepada pemenang.

Juga dilaporkan pengumuman itu akan dibuat serta merta selepas pilihan raya AS.

The Jerusalem Post bagaimanapun mendapati laporan itu sama ada merupakan salah faham atau tidak mendedahkan kenyataan penuh Cohen.

Cohen dipercayai berkata, jika Presiden AS Donald Trump sekali lagi menang pilihan raya, pengumuman berkenaan akan dibuat serta merta.

Sebaliknya jika calon Demokrat Joe Biden menang, Saudi masih mahu meneruskan perjanjian normalisasi hubungan dengan Israel itu, tetapi tanpa garis masa jelas ditetapkan.

Cohen menegaskan Saudi tidak mahu “memberi hadiah” itu kepada Trump, tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya sekiranya Biden menang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.