Armenia langgar genjatan senjata dengan Azerbaijan

Armenia langgar genjatan senjata dengan Azerbaijan

Kementerian Pertahahan Azerbaijan mendakwa tentera negara itu mematuhi sepenuhnya gencatan senjata yang dipersetujui dengan Armenia.

Tentera Armenia melepaskan tembakan artileri dalam konflik dengan Azerbaijan di wilayah Nagorno Karabakh minggu lepas (Gambar AP)
ANKARA:
Tentera Armenia sekali lagi melanggar gencatan senjata kemanusiaan dengan Azerbaijan, sejurus genjatan itu berkuat kuasa pada Isnin, dakwa Kementerian Pertahanan Azerbaijan.

“Pada 26 Oktober 8.05 (pagi), tentera Armenia melanggar gencatan senjata kemanusiaan baru dan mengepung unit tentera Azerbaijan di perkampungan Safiyan Lachin,” memetik Twitter kementerian, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu turut mendakwa tentera Azerbaijan mematuhi sepenuhnya gencatan senjata itu.

“Sejak 8.04 pagi, tentera Armenia mula melepaskan tembakan di wilayah Tartar,” kata pembantu presiden Azerbaijan Hikmet Hajiyev di Twitter.

Perjanjian mengenai genjatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS) itu diumumkan pada Ahad dan berkuat kuasa Isnin pagi.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama yang melanggar 2 gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini, iaitu pada 10 dan 17 Oktober.

Dalam perkembangan sama, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev pada Ahad berkata, tentera negara itu membebaskan kota Gubadli dan kampung Zangilan, Jabrayil dan daerah Gubadli daripada penguasaan Armenia.

“Hidup tentera Azerbaijan! Karabakh adalah Azerbaijan,” agensi berita Azerbaijan (Azertac) melaporkan memetik Twitter presiden.

Sementara itu, dalam laporan lain, Kementerian Pertahanan mendakwa tentera Azerbaijan memusnahkan peralatan ketenteraan dan peluru milik tentera Armenia pada Ahad.

“Semasa pertempuran pada petang 25 Okt itu, unit tentera Azerbaijan melakukan serangan tepat pada musuh,” kata Kementerian Pertahanan.

“Akibat serangan itu, 6 senjata D-30 dan 1 D-1 musuh, 2 kenderaan tempur infanteri BMP, 1 kenderaan auto dan sejumlah besar peluru dimusnahkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.