Lubnan tangguh bentuk kerajaan baru hingga 22 Oktober

Lubnan tangguh bentuk kerajaan baru hingga 22 Oktober

Langkah itu diambil sejajar dengan tuntutan beberapa kumpulan politik bagi membolehkan beberapa isu berbangkit diselesaikan.

Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan bulan lalu ekoran insiden letupan yang menggegarkan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos. (Gambar AP)
BEIRUT:
Presiden Lubnan Michel Aoun menangguhkan rundingan untuk membentuk kerajaan baru sehingga 22 Oktober, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara pada Rabu.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan tuntutan beberapa kumpulan politik untuk membolehkan beberapa isu berbangkit diselesaikan.

Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan bulan lalu ekoran insiden letupan yang menggegarkan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos.

Letupan itu menyebabkan kemusnahan di ibu kota Beirut, terjadi ketika negara mengalami krisis ekonomi di tengah-tengah usaha melawan pandemik Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.