Singapura, Indonesia benarkan perjalanan rasmi, perniagaan perlu

Singapura, Indonesia benarkan perjalanan rasmi, perniagaan perlu

Individu yang memenuhi syarat perlu menjalani ujian saringan sebelum dan selepas perjalanan rentas sempadan.

Pegawai kesihatan menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia Januari lalu. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Singapura dan Indonesia bersetuju membuka semula sempadan antara 2 negara itu untuk perniagaan perlu dan perjalanan rasmi selepas penutupannya untuk membendung penularan Covid-19.

Indonesia mencatatkan lebih 333,000 kes Covid-19, ke-2 tertinggi di Asia Tenggara selepas Filipina, dan ibu negaranya Jakarta melaksanakan sekatan sosial yang ketat.

Singapura pula hanya merekodkan sebilangan kecil kes Covid-19 setiap hari.

Kementerian Luar 2 negara itu menerusi kenyataan bersama pada Isnin berkata, individu yang memenuhi syarat perlu menjalani ujian saringan sebelum dan selepas perjalanan rentas sempadan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.