17 maut dalam nahas bas-kereta api Thailand

17 maut dalam nahas bas-kereta api Thailand

Para penumpang bas dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil di Wilayah Chachoengsao.

Pasukan penyelamat merawat penumpang yang cedera dalam nahas membabitkan kereta api dan bas di wilayah Chacheongsao, Thailand pada 11 Oktober. (Gambar AP)
BANGKOK:
Sekurang-kurangnya 17 penumpang maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah bas dilanggar kereta api di Thailand pada Ahad.

Menurut ketua polis daerah, kemalangan kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Bangkok itu berlaku ketika para penumpang bas dalam perjalanan ke sebuah kuil di Wilayah Chachoengsao.

“Jumlah kematian setakat ini adalah 17 orang,” katanya, sambil menambah kemalangan itu berlaku sekitar 8 pagi.

Dalam pada itu, Gobenor Wilayah, Maitree Tritilanond memberitahu setakat ini seramai 29 individu dilaporkan cedera.

Gambar awal oleh pasukan penyelamat menunjukkan bas terbabit terbalik di bahagian sisi dan serpihan besi, beg-beg penumpang serta mayat bergelimpangan di landasan kereta api.

Jumlah korban dan mangsa cedera dijangka meningkat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.