IKEA Damansara ditutup susulan kes positif Covid-19

IKEA Damansara ditutup susulan kes positif Covid-19

Pelanggan yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan kakitangan positif COVID-19 akan dihubungi Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan menasihati pengurusan IKEA menutup premis itu untuk kerja sanitasi dan pengesanan kontak.
PETALING JAYA:
Gedung membeli-belah IKEA di Damansara akan ditutup sehingga diberitahu kelak, susulan beberapa kes Covid-19 melibatkan kakitangan syarikat itu dan rakan perkhidmatannya.

Pengurusan IKEA berkata, ia dinasihatkan Kementerian Kesihatan untuk menutup premis itu bagi membolehkan pengesanan kontak dan kerja sanitasi dijalankan.

Pelanggan yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan kakitangan positif Covid-19 akan dihubungi KKM.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan akan bertindak mengikut nasihat mereka.

“Kami telah dan akan terus mengambil semua langkah keselamatan, termasuk menggantikan pekerja rakan perkhidmatan IKEA, pengesanan kontak, ujian COVID-19 untuk pekerja dan kuarantin bagi semua yang menjadi kontak rapat,” kata IKEA menerusi Facebook.

IKEA Damansara sebelum ini ditutup sehari pada November lalu, setelah seorang pekerjanya disahkan positif COVID-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.