Trump mungkin dibenar keluar hospital pada Isnin, kata doktor

Trump mungkin dibenar keluar hospital pada Isnin, kata doktor

Trump pertama kali didiagnosis dengan virus itu pada Khamis dan dihantar ke Pusat Perubatan Tentera Walter Reed pada Jumaat.

Pegawai perubatan presiden, Brian Garibaldi berkata Presiden Donald Trump turut menerima 1 dos suntikan ubat antibodi yang dibangunkan oleh syarikat Regeneron.
WASHINGTON:
Presiden Donald Trump yang sedang menerima rawatan selepas dijangkiti Covid-19 mungkin boleh discaj dari hospital seawal Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

“Beliau sudah boleh bangun dan duduk. Kami cadang hari ini untuk beri makan dan minum dan bantu beliau bangun dan bergerak,” kata pegawai perubatan presiden, Brian Garibaldi, kepada pemberita di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland pada Ahad.

Katanya, jika keadaan presiden bertambah baik “dijangka beliau boleh discaj paling awal esok sambil meneruskan rawatan.”

Trump pertama kali didiagnosis dengan virus itu pada Khamis dan dihantar ke pusat rawatan berkenaan pada Jumaat, beliau disuntik remdesivir, ubat Covid-19 dihasilkan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Gilead Sciences.

Presiden turut menerima 1 dos suntikan ubat antibodi yang dibangunkan oleh syarikat Regeneron.

Dalam rakaman video disiarkan di Twitter pada Sabtu, Trump berkata keadaan beliau “jauh lebih baik” tetapi mengakui “hari-hari berikutnya” akan menjadi medan “ujian sebenar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.