Tadika, taska di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, kata exco negeri

Tadika, taska di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, kata exco negeri

Sebelum ini, terdapat sekolah yang diarahkan tutup berikutan penularan wabak Covid-19 di Kepala Batas.

Exco Pulau Pinang Chong Eng berkata, tiada arahan penutupan operasi bagi taska dan tadika di negeri tu.
GEORGE TOWN:
Taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) di Pulau Pinang dibenarkan beroperasi seperti biasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Chong Eng.

Beliau berkata, walaupun terdapat sekolah yang diarahkan tutup berikutan penularan pandemik Covid-19 di Kepala Batas baru-baru ini, namun tiada arahan penutupan operasi bagi taska dan tadika di negeri tu.

“Walaupun taska dan tadika masih dibenarkan beroperasi, namun kerajaan negeri sentiasa menyeru rakyat negeri ini supaya patuh segala tatacara operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang ditekankan kerajaan bagi memastikan rantaian penyakit itu dapat diputuskan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Khamis lepas, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengarahkan SK Permatang Janggus, Kepala Batas ditutup sehingga 8 Okt berikutan seorang guru wanita positif Covid-19.

Terdahulu, Chong merasmikan program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang (PWEMP) yang julung kali diadakan khusus untuk usahawan wanita dari golongan B40 dan M40, sebagai platform dalam menerokai dunia perniagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.