
Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Rifahmi Abdul Musikin yang mewakili mereka memaklumkan peguam utama M Athimulan masih berada di Istana Kehakiman bagi mengendalikan kes lain.
Timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim berkata, pendakwaan tidak membantah permohonan untuk menangguhkan prosiding hari ini.
Permohonan untuk menangguhkan pendengaran kes itu dibuat sementara menunggu perbicaraan kes rasuah Azeez yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen selesai.
Berdasarkan senarai kausa dalam laman sesawang e-pemfailan, kerajaan telah memulakan prosiding untuk melucut hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Azeez iaitu Khadijah Mohd Noor dan 4 anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera dan akaun syarikat milik mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.
Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Azeez pada September tahun lepas manakala mereka memfailkan permohonan untuk penangguhan pada Januari tahun ini.