Nelayan mangsa culik maut terkena tembakan dalam pertempuran

Nelayan mangsa culik maut terkena tembakan dalam pertempuran

Seorang warga Indonesia yang diculik dari Lahad Datu terbunuh ketika pihak berkuasa bertempur dengan kumpulan berkait Abu Sayyaf di Basilan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata mangsa yang identitinya belum dikenalpasti meninggal dunia pada 28 September lalu.
KOTA KINABALU:
Seorang daripada 5 nelayan warga Indonesia yang diculik dari Lahad Datu awal tahun ini disahkan terbunuh dalam pertempuran antara pihak berkuasa dan kumpulan berkait militan Abu Sayyaf di Basilan, Filipina.

FMT dimaklumkan mangsa, yang identitinya belum dikenalpasti, meninggal dunia pada 28 Sept.

“Mangsa dipercayai maut selepas terkena tembakan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, kepada FMT.

Mangsa bersama 4 nelayan senegara diculik kumpulan bersenjata di perairan Tambisan, Lahad Datu pada malam 16 Jan, ketika sedang menangkap ikan.

Mereka adalah Arsyad Dahlan, 41, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29.

Kapal mereka kemudian ditemui kosong keesokan hari di perairan Tangusu Bay, difahamkan berdekatan lokasi kejadian culik sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.