PM: Teknologi baharu harus jadi keutamaan pentadbiran mahkamah syariah

PM: Teknologi baharu harus jadi keutamaan pentadbiran mahkamah syariah

Penutupan mahkamah lantaran PKP mendesak sistem kehakiman berfungsi dalam keadaan norma baharu.

(Gambar Facebook)
SEPANG:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyeru supaya penggunaan teknologi baharu harus jadi keutamaan dalam pentabiran mahkamah syariah, mengambil kira kesan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada fungsi sistem kehakiman.

Katanya, penutupan mahkamah lantaran PKP mendesak sistem kehakiman berfungsi dalam keadaan norma baharu, yang mana sebarang gangguan boleh memberi kesan pada pelaksanaan keadilan.

“Ia seperti pelaksanaan urusan mahkamah menerusi sistem dalam talian. Ini sebahagian daripada norma baharu dalam pentadbiran kehakiman Islam yang mesti diberi tumpuan,” katanya pada Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 hari ini.

Pada masa sama, perdana menteri beri jaminan pentadbirannya komited menyokong usaha ke arah meninggikan martabat institusi kehakiman dan perundangan syariah, termasuk penambaikan pada bidang kuasa mahkamah, perjawatan hakim, dan profesionalisme pegawai mahkamah.

“Saya percaya penambahbaikan secara berterusan ini dapat melonjakkan imej institusi kehakiman dan perundangan syariah dalam menangani kes semakin kompleks dan mencabar serta memenuhi keperluan masyarakat Islam secara keseluruhan,” katanya.

Beliau juga berharap Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan forum yang berperanan sebagai medium pertukaran maklumat dan amalan terbaik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.